Penjenayah pecah ATM larikan lebih RM100 ribu

  • 7 years ago
Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan wang tunai lebih RM100 ribu selepas memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik, ATM di bangunan Lembaga Tabung Haji di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Kejadian yang berlaku awal pagi jumaat itu dipercayai dilakukan dengan menggunakan mesin pemotong gas berdasarkan kesan terbakar pada bahagian peti ATM tersebut.