Peranan media mengetengah isu alam sekitar

  • 6 years ago
Terdahulu pada Forum Media Khazanah Alam, golongan wartawan, tokoh dan aktivis alam sekitar selain pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademik berkumpul untuk membincangkan tentang isu-isu semasa berhubung alam sekitar. Antara fokus forum itu ialah memperkasa peranan media dalam membantu meningkatkan kesedaran awam, sekaligus menggerakkan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.