Penantian penuh sabar keluarga penumpang

  • 7 years ago
Hari ini genap sebulan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Lebih sebulan keluarga penumpang, mahupun krew pesawat terus menanti dengan penuh pengharapan agar pesawat MH370 akhirnya akan ditemui.

Buat masa ini, mereka ditempatkan di Hotel Everly, Putrajaya, sambil diberi taklimat mengenai pencarian semasa pesawat itu dari semasa ke semasa.

Untuk mengetahui perkembangan terkini di sana, kita bersama wartawan Astro Awani, Israr Khalid.