Sultan Nazrin hargai penghormatan rakyat

  • 6 years ago
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menziarahi dan mendoakan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah Yang mangkat pada 28 mei lalu.

Di dalam titah sulung selepas diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang ke-35, baginda merakamkan penghargaan kepada angkatan tentera, polis dan pelbagai agensi yang terlibat mengendalikan urusan pemakaman Almarhum.