Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank Datuk Ismail Zakaria diheret kembali ke mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan empat bulan lalu melibatkan kes pertikaian penipuan yang menyaksikan perbicaraan selama 16 tahun sebelum ini.
Pihak pendakwaan diterajui Ketua Unit Komersial Jabatan Peguam Negara Syed Faisal Syed Amir mewakili Bank Negara Malaysia berjaya menimbulkan kembali kes kelulusan kemudahan kredit berjumlah 175 juta ringgit selepas gagal dalam percubaan pertama pada 6 Jun lalu.
Syed Faizal berkata panel mahkamah rayuan juga bersetuju bahawa terdapat merit bagi rayuan yang betul untuk didengar sebelum kes diselesaikan secara muktamad.
Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani Follow us on Website http://www.astroawani.com Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani