Cuaca baik semasa penerbangan MH370

  • 6 years ago
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan Malaysia yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 pada waktu ia dilaporkan hilang. Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Khairul Najib Ibrahim, berkata keadaan cuaca dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi iaitu pada masa kejadian dilaporkan, tidak memberi ancaman kepada pesawat berdasarkan imej satelit diperoleh daripada Agensi Meteorologi Jepun.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.