Google digesa buang link berkaitan maklumat peribadi

  • 6 years ago
Beberapa enjin carian utama termasuk Google kini terpaksa memikul tanggungjawab baru selepas mahkamah tinggi Eropah mahu hak pengguna untuk mempersoalkan hasil carian mereka berkaitan nama mereka di setiap enjin carian, dibenarkan.

Mahkamah mengatakan Google perlu mendengar dan mematuhi permintaan pengguna apabila mereka meminta gergasi enjin carian itu membuang link yang berkaitan dengan maklumat peribadi.