ETP 2013 minyak sawit, getah penyumbang tertinggi PNK

  • 6 years ago
Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013 menunjukkan 5 daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (Nkea) menjadi pemacu utama kepada cabang Program Transformasi Nasional (NTP).

Pada masa sama, ia bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan ketika Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pada tahun 2013 sahaja, ETP menyumbang 7.4 bilion ringgit kepada PNK dengan menawarkan 29 ribu 373 peluang pekerjaan baru dalam usaha memacu pelaburan bernilai 8 bilion ringgit.