13 GRO warga China dicekup

  • 7 years ago
Polis menahan 13 wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Mindlands Park, Jalan Burma, Georgetown, dalam satu operasi petang Isnin.

Mereka yang berusia antara 23 dan 40 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bermula jam 7 petang.