Pegawai AADK didenda RM50,000 dan penjara sehari

  • 7 years ago
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM50 ribu terhadap seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaka berikutan kesalahan tuntutan bayaran palsu dua tahun lalu. Hakim, Amran Jantan, menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd Saiful Nizan Mat Kari, 34 tahun mengaku bersalah.