Inisiatif pastikan tenaga kerja berkesan dan dinamik

  • 7 years ago
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan sistem pentadbiran tenaga kerja yang berkesan dan dinamik wujud di negara ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata ia menunjukkan komitmen Malaysia berhubung peranan penting oleh sistem pentadbiran tenaga kerja sebagai institusi utama tadbir urus pasaran kerja.