Banjir: Perkembangan di Perak (29 Dis, Isnin, 12:00 tengahari)

  • 6 years ago
Perak dijangka berdepan dengan banjir gelombang ketiga pada masa terdekat yang dikhuatiri akan membawa kepada peningkatan paras air dan arus limpahan banjir lebih buruk. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Azmir Hassan berkata laporan terkini oleh jabatan kaji cuaca dan meteorologi Malaysia bertujuan memberi ingatan kepada penduduk di negeri itu supaya lebih berwaspada dengan kemungkinan senario terburuk. Di talian untuk berkongsi perkembangan banjir di Perak, Abdul Razak Ali, wakil Astro Awani di sana.