Mesyuarat pakar diadakan cari maklumat kotak hitam

  • 6 years ago
Malaysia akan menganjurkan mesyuarat pakar teknologi maklumat dalam industri penerbangan bulan depan bagi mencari jalan membolehkan maklumat daripada kotak hitam sesebuah pesawat disalur terus ke pusat pangkalan data bumi.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata mesyuarat itu akan membincangkan kaedah bagi menaik taraf sistem kotak hitam tersebut.