Tiga sekeluarga maut termasuk ibu mengandung

  • 7 years ago
Tiga sekeluarga termasuk ibu yang hamil tujuh bulan, maut dalam kemalangan jalan raya di km 55 Jalan Kota Baharu-Jeli, Kampung Bechah Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan ketua polis daerah Tanah Merah Acp Mohd Fadzir Manap berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 5 petang itu ialah pemandu kereta jenis Proton Wira Yus Zairi Yusof, 29, isterinya Hafiza Abdul Halim, 30, dan anak lelaki mereka Zafri, sembilan bulan.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.