Tragedi MH370 tidak jejaskan industri pelancongan

  • 6 years ago
Industri penerbangan dan pelancongan malaysia tidak akan terjejas walaupun negara masih diselubungi insiden MH370. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, pelancong dari dalam dan luar negara akan terus berkunjung ke destinasi menarik menggunakan perkhidmatan penerbangan dengan yakin. Katanya walaupun kadar kemasukan pelancong asing mungkin akan sedikit terjejas terutamanya dari China, namun ia tidak akan menjejaskan industri pelancongan secara keseluruhannya.