Johor yakin capai 3.5 juta pelancong dengan laluan Firefly

  • 6 years ago
Johor yakin untuk mencapai 3.5 juta pelancong pada tahun ini dengan pengenalan laluan domestik baru antara Johor Bharu dan Ipoh oleh syarikat penerbangan Firefly Sdn Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata laluan baru ini dijangka membantu meningkatkan jumlah ketibaan pelancong di Johor berbanding tahun lepas sebanyak 3.1 juta orang.