Sistem parol berkesan kurangkan banduan berulang

  • 6 years ago
Sistem pemulihan banduan yang berkesan terbukti dapat menurunkan kadar residivis iaitu kes banduan berulang masuk penjara sekaligus mengurangkan kadar jenayah yang sering menjadi kebimbangan masyarakat. Daripada lebih 8 ribu banduan yang tamat menjalani sistem parol setakat ini, hanya 41 orang atau 0.48 peratus yang berulang melakukan jenayah.