Peluang Kevin Lim wakili negara sangat cerah

  • 7 years ago
Naib Presiden Kanan, Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad mengesahkan peluang pemain dari Jerman Kevin Lim untuk mewakili negara adalah cerah berdasarkan status pemain itu sebagai pemegang MyKad.

Pemain kelahiran Tanjong Bungah Pulau Pinang ini menarik minat Dharma Raj Abdullah selepas menyertai skuad kebangsaan semasa lawatan ke Perth, Australia.

Menurut Azmi, Kevin hanya perlu memenuhi syarat Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selain mendapat lampu hijau daripada Jerman sebelum layak menyarung jersi skuad kebangsaan.