Sabah: Kawasan perintah berkurung

  • 7 years ago
Kerajaan Negeri Sabah akan menguatkuasa perintah berkurung di kawasan tertentu bagi menangani ancaman penculik di pantai timur Sabah.

Keputusan itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman susulan kejadian terbaru kejadian penculikan warga China di Pulai Baik, Lahad Datu.

Beliau turut mengumumkan beberapa lagi langkah tambahan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN).