Kadar tempat meletak kenderaan KLIA2 kekal

  • 7 years ago
Pihak pengurusan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Segi Astana Sdn Bhd, tidak berhasrat menurunkan kadar bayaran meletak kereta dalam tempoh terdekat. Pegawai Perhubungan Awamnya, Ellice Ng memaklumkan, kadar bayaran itu sememangnya berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding caj di tempat meletak kereta LCCT sebelum ini.