Negara kekurangan pakar bedah otak

  • 7 years ago
Negara masih kekurangan pakar bedah otak bagi menampung jumlah bilangan nisbah pesakit yang memerlukan pembedahan berkaitan otak.

Menurut Presiden Gabungan Neurosurgical Malaysia, Dr Yoong Meow Foong, pada masa ini terdapat 41 orang pakar bedah otak atau neurosurgical di seluruh negara dan jumlah ini terlalu sedikit.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia, USM bakal melahirkan 30 lagi pakar bedah otak dan saraf menjelang 2017 bagi menampung kekurangan pakar bedah di negara ini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Dan Penyelidikan Neurosains USM, Prof Dr Jafri Malin Abdullah, berkata kesemua 30 pelajar pengkhususan pakar dalam bidang itu akan menamatkan pengajian masing-masing di universiti itu dalam tempoh tiga tahun lagi.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani