"Cukup Setakat Samson"

  • 6 years ago
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman ada mesej kepada semua lapisan masyarakat sempena kempen memerangi denggi Astro AWANI "Cukup Setakat Samson".

Terpanggil oleh pemergian warga Astro AWANI, penyunting visual, Khairul Anuar Che Ramli, 33 yang meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi Ahad di Hospital Ampang Puteri akibat denggi, Astro AWANI melancarkan kempen 'Cukup Setakat Samson'.

Kempen antara lain bagi membuktikan insan kecil dan kerdil mampu melakukan perubahan besar dalam usaha kita memerangi wabak denggi yang semakin menular.

Kami ingin anda berkongsi pandangan dan pengalaman mengenainya dan bagaimana kita dapat secara bersama memerangi wabak ini.

Hantarkan pandangan dan cadangan di Astroawani.com, Facebook dan @501Awani dengan #CUKUPSETAKATSAMSON


Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.