Nafi syiling emas sengaja diletakkan di Pulau Nangka

  • 6 years ago
Syarikat pencari harta karun di Pulau Nangka, Smart Partnership International, menafikan dakwaan dua syiling yang dijumpai sengaja di letakkan dengan tujuan penyambungan kontrak.

Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said, berkata syiling terbabit ditemui ketika kerja-kerja pengerudian bongkah batu di laluan pintu masuk ke gua, dijalankan.