Tidak perlu menjadi medan BN curah peruntukan

  • 7 years ago
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kajang di Selangor, tidak perlu menjadi medan kepada Barisan Nasional untuk mencurahkan pelbagai peruntukan pembangunan.

Penyaluran peruntukan sepatutnya diberikan jika penduduk Kajang memberikan mandat kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada pilihan raya kecil 23 Mac ini.