Puasa bagi orang yang sakit

  • 6 years ago
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Yahya menerangkan bahawa puasa bagi orang yang sakit itu merangkumi dua iaitu orang yang sakit tetapi tidak kronik maka orang itu hendaklah meneruskan puasanya.
Namun jika dia meninggalkannya juga, hendaklah dia menggantikan semula puasa yang ditinggalkan itu di bulan lain.
Terdapat juga, orang yang sakit sehingga tahap kronik, maka orang itu diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa .
Namun, orang itu hendaklah membayar fidyah kepada orang miskin.