Polis tumpaskan Geng Hamdan Cina

  • 6 years ago
Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai `Geng Hamdan Cina' selepas memberkas lima lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dalam beberapa serbuan berasingan di ipoh baru-baru ini.

Geng Hamdan Cina yang terlibat jenayah pecah masuk premis dan kereta itu dipercayai aktif melakukan jenayah tersebut sejak hujung tahun lalu.