Polis berkas suspek kes bunuh Timbalan Pengarah Kastam

  • 6 years ago
Selepas lebih setahun diburu pihak berkuasa, suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya diberkas polis.

Suspek dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama tiga lagi individu lain dalam dua serbuan berasingan di Ampang dan Batu Caves.