China suarakan komitmen bantu operasi pencarian MH370

  • 6 years ago
Malaysia sudah memberikan taklimat menyeluruh mengenai tragedi MH370 kepada wakil khas kerajaan China, Zhang Yesui, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi.

Malaysia turut menyerahkan maklumat terkini data satelit inmarsat kepada Yesui, seperti mana yang dipohon kerajaan China pada selasa.

China pada masa sama, menyatakan komitmen untuk mempergiat operasi mencari di Lautan Hindi.