Malaysia kempunan julang PialaThomas

  • 7 years ago
Malaysia gagal membawa pulang Piala Thomas setelah tewas kepada Jepun 2-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 6 jam di New Delhi, malam tadi.

Perlawanan akhir bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia menyaksikan aksi hebat Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Kenichi Tago straight set 21-12, 21-16 pada perlawanan perseorangan pertama. Namun, Jepun memberi persaingan yang sengit dimana beregu Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas di tangan Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota dalam straight set 15-21, 17-21.

Pada perlawanan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menyamakan kedudukan dengan menewaskan Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-12.

Liew Darren gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas dalam perlawanan rubber set kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21 di set penentuan.

Jepun berjaya menjulang Piala Thomas buat kali pertama manakala Malaysia gagal mengulangi kejayaan kali terakhir memenangi kejohanan Piala Thomas 22 tahun lalu.

Pada peringkat separuh akhir sebelum ini, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. Jepun pula menewaskan China yang pernah menjuarai lima edisi Piala Thomas sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tetapi tewas kepada Indonesia 2-3.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.