Khazanah kuasai 8% kepentingan di Filipina

  • 6 years ago
Khazanah Nasional Bhd memasuki Filipina melalui penguasaan lapan peratus kepentingan dalam pemaju perumahan, 8990 Holdings Incoprated.

Ia melibatkan pelaburan kira-kira RM215 juta.

Khazanah berkata syarikat tujuan khasnya, Pasir Salak Investments Ltd, telah memeterai perjanjian pelaburan utama untuk terbitan saham yang bakal dilaksanakan 8990 Holdings, yang disenaraikan di bursa saham Filipina.