PDRM siasat tragedi yang menimpa MH370

  • 6 years ago
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rapi dari segenap sudut berhubung tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Beliau berkata, walaupun jawapan sebenar kepada misteri kehilangan pesawat itu hanya boleh diketahui melalui rakaman perbualan kokpit di dalam kotak hitam, PDRM perlu komited dan profesional semasa menjalankan siasatan.