122 objek dikesan terapung di selatan Lautan Hindi

  • 7 years ago
122 objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370 dikesan di satu lokasi di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, objek terbabit dicerap menerusi satelit yang diserahkan oleh Airbus Defence and Space yang berpangkalan di Perancis.

Cerapan imej itu yang dibuat pada 23 Mac lalu menurut Hishammuddin telah diserahkan kepada agensi Remote Sensing Malaysia, MRSA.

Recommended