Jangan keruhkan hubungan Malaysia-China

  • 6 years ago
Penyebaran sebarang bentuk maklumat berunsur spekulasi mahupun provokasi berhubung insiden kehilangan pesawat penerbangan MH370 perlu dihentikan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menaruh harapan tinggi supaya insiden itu tidak mengeruhkan hubungan baik yang sekian lama terjalin antara Malaysia dengan China.