Selangor lulus RM10 juta atasi masalah air

  • 6 years ago
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan RM10 juta, untuk membina infrastruktur kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar lembangan sungai Selangor ke sungai Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya memaklumkan, peruntukan termasuk membeli pam berkeupayaan tinggi bagi memastikan kerja mengepam berkesan dan mampu meningkatkan paras air di sungai Selangor.