Kemaskini terbaru Twitter kini untuk semua pengguna

  • 7 years ago
Pengumuman rasmi yang dibuat sebelum ini telah mendapat perhatian ramai warga media sosial terutamanya pengguna tegar twitter. Justeru itu, pengumuman hari ini yang diumumkan menerusi blog.twitter.com terus menjadi bualan hangat.

Antaramuka baru yang diperkenalkan membolehkan pengguna memilih tweet untuk kekal berada di kedudukan paling atas profile twitter mereka menggunakan pinned tweet.

Selain itu, keupayaan filtered tweet pula membolehkan pengguna untuk mengenalpasti tweet tertentu berdasarkan kesukaan masing-masing.

Muat nailk foto yang lebih besar untuk gambar profail serta gambar header yang lebih lebar membolehkan pengguna menggunakan kreativiti mereka dalam menjadikan twitter di web sebagai platform bersosial paling berkesan masa kini.

Recommended