Usah harap usaha kerajaan

  • 6 years ago
Semburan kabus atau "fogging" bukan satu penyelesaian muktamad kepada peningkatan kes demam denggi yang dilihat semakin membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, masyarakat perlu sedar langkah diambil kementerian itu bersifat sementara kerana ia hanya mampu membunuh nyamuk dewasa sahaja.