MAS siasat insiden protes di bilik sidang media

  • 7 years ago
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat itu sentiasa menjaga kebajikan keluarga penumpang MH370 sejak hari pertama ia hilang secara misteri semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA

MAS juga kata Ahmad Jauhari, sentiasa menyalurkan maklumat berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Sehubungan itu, beliau turut berjanji akan menyiasat insiden kekecohan melibatkan enam keluarga penumpang MH370 warga China di Hotel Sama-Sama pada petang Rabu.