Pegawai RELA didakwa buat tuntutan palsu RM13,500

  • 6 years ago
Seorang pegawai RELA dihadapkan ke mahkamah seksyen di Kuala Terengganu atas dua tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung penyediaan makanan dan minuman dan perkhidmatan kanopi bernilai RM13,500, hampir tiga tahun lepas.

Nor Arzaman Mohd Ali, 53 tahun, didakwa mengemukakan tuntutan palsu kepada majikannya, pejabat rela daerah Setiu, bagi program penubuhan platun remaja RELA pada 30 September hingga 1 Oktober 2011.