Tumpuan mencari ke koridor utara dan koridor selatan

  • 6 years ago
Terma koridor utara pertama kali dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media hari ke lapan pencarian MH370.

Ia dikaitkan dengan tumpuan mencari dan menyelamat ke dua kawasan iaitu koridor utara dan koridor selatan.

Di atas peta koridor utara merangkumi kawasan dari sempadan Kazakhstan sehingga utara Thailand.

Manakala koridor selatan pula meliputi kawasan dari utara Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

Mari kita fahami kesukaran cabaran usaha mencari di dua koridor tersebut.