Hover Board: Hanya sekadar gurauan

  • 6 years ago
Semalam video berunsur gurauan kononnya hover board ataupun papan selaju boleh terapung wujud menjadi viral di internet.

Ada yang mempercayai ia benar-benar wujud kerana diperkenalkan selebriti hollywood dan atlet terkemuka.

Lagenda papan selaju Tony Hawk yang terlibat sama dalam video itu mendedahkan perkara sebenar di saluran Youtube miliknya Ride Channel.