Bantuan banjir dihantar melalui udara menggunakan helikopter ATM

  • 6 years ago
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memainkan peranan dengan menghantar bantuan kepada mangsa menggunakan helikopter EC725 Super Cougar. Ini berikutan banyak jalan-jalan utama terputus hubungan dan tidak boleh dilalui. Antara destinasi terlibat ialah Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Banggol di Kemaman melibatkan 2500 mangsa banjir.

Seramai 500 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja terlibat dalam persediaan dan penghantaran bantuan banjir tersebut.

Untuk perkembangan selanjutnya, sila layari www.astroawani.com.