Pengeboman Ikan Menggugat Perairan Sabah

  • 7 years ago
"Sabah merupakan kawasan kediaman 70 hingga 75 peratus terumbu karang yang ada di Malaysia.

Namun menurut kajian, hampir kesemua kawasan terumbu karang di Sabah pernah dibom sekurang-kurangnya sekali.

Kaedah penangkapan ikan secara haram itu menggugat ekosistem marin dan merosakkan khazanah alam semula jadi itu.

Hasil tinjauan Astro Awani sempat ke Kudat, Sabah baru-baru ini ke kawasan yang pernah dibom mendapati kebanyakan kawasan yang terjejas sehingga ini masih belum pulih sepenuhnya.

Pihak penguatkuasa mengesahkan aktiviti pengeboman masih berlaku namun susah untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah berikutan kekurangan bukti."

Recommended