Khairul Fahmi (Apek) mohon maaf

  • 6 years ago
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) memohon maaf kepada semua penyokong bolasepak negara terutamanya Ultras Malaya di atas kesilapan yang beliau lakukan sewaktu berdepan dengan pasukan Singapura. Dia juga tidak mahu isu peribadi tentang majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi dikaitkan sebagai faktor penyumbang kekalahan Malaysia.