Pesalah perang Bosnia minum racun ketika siaran langsung
  • 6 years ago
Slobodan Praljak maut selepas meminum racun ketika siaran langsung penghakimannya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Croatia.

Rakaman Praljak yang merupakan komander pasukan perang Bosnia Croatia itu tular di laman sosial sejak semalam.

Stesen televisyen tempatan Croatia melaporkan Praljak meninggal dunia di Hospital The Hague.

Insiden minum racun itu berlaku ketika saat-saat terakhir sebelum hakim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menolak rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara 20 tahun, susulan jenayah perang ke atas masyarakat Islam Bosnia.

Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Yugoslavia yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1993 akan berhenti operasi bulan depan, sebaik sahaja mandat diberikan tamat tempoh.