Wanita Melayu dan alat muzik tradisional Cina

  • 6 years ago
Pemuzik Endang Hyder, 31, dilihat sebagai ikon wanita Melayu yang unik kerana gesekan erhu yang boleh menghiburkan jiwa pendengar.

Beliau sering mendapat jemputan persembahan untuk malam korporat, mengiringi artis mahupun majlis-majlis kerabat diraja. Pada 2010, Endang mula dikenali dengan lebih luas apabila muncul dalam Anugerah Juara Lagu, mengiringi Aizat Amdan yang mempersembahkan lagu Pergi.

Kelunakan melodi yang merdu dari erhu, alat muzik tradisional Cina itu membuatkan wanita Melayu ini jatuh cinta dan ingin mempelajarinya pada usia 14 tahun.

Erhu, yang juga digelar biola Cina, ialah sejenis alat muzik dua tali yang dimainkan dengan menggeseknya di riba. Ia sering dimainkan mengiringi persembahan opera Cina.

Badan alat muzik solo ini pada bahagian hujungnya berbentuk naga sementara pada bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dibalut dengan kulit ular.

“Erhu ini, Endang jatuh cinta dengan bunyinya. Ia sangat mendayu. Ia unik. Muziknya menggamit jiwa, berbeza dengan muzik lain.

Artikel penuh: http://bit.ly/2AyZgMT

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended