Menteri Besar Selangor Azmin Ali amat kecewa Bajet 2018

  • 7 years ago
Menteri Besar Selangor, DatuK Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan kekecewaan pada sesi pembentangan Bajet 2018 kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan peruntukan belanja mengurus terlalu besar daripada tahun-tahun sebelumnya, di mana ia melonjak kepada 84 peratus.

Azmin juga mempersoalkan bagaimana pertumbuhan ekonomi negara boleh dirancakkan sekiranya perbelanjaan pembangunan hanya 16 peratus.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.
Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Published: Oct 27, 2017
Credit: KiniTV
CC By KiniTV