Arsenal menang, Giroud ledak gol cantik lagi

  • 7 years ago
Olivier Giroud meledak gol menarik untuk memastikan kemenangan ketiga berturut-turut Arsenal dalam kempen Liga Europa awal pagi tadi.

Arsenal menundukkan Red Star Belgrade 1-0 hasil jaringan Giroud pada minit ke-85.

Red Star Belgrade bermain 10 orang selepas pemainnya Mila Rodic dilayang kad merah pada minit ke-80.

Giroud sekali lagi menjaringkan gol dengan aksi akrobatik sepakan gunting.