Kejohanan Dunia: Lee Chong Wei tersingkir
  • 7 years ago
Kempunan! Impian jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk memburu gelaran juara dunia buat kali pertama terkubur apabila kalah di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Galsgow semalam.

Chong Wei kalah kepada pemain Perancis Brice Leverdez dalam aksi tiga set 19-21, 42-22 dan 17-21 yang memakan masa satu jam lima belas minit.

Ini kekalahan kedua bekas pemain nombor satu dunia itu kepada Leverdez selepas jaguh perseorangan negara itu tewas pada suku akhir pada Terbuka Denmark tahun lalu.

Chong Wei sekadar menjadi tiga kali naib juara dalam Kejohanan Dunia iaitu pada 2011 dan 2013 tewas di tangan Lin Dan dan pada 2015, beliau tewas kepada Chen Long dari China.