Aksi gerak solo Abou Bakr El Mel tewaskan 4 pemain Kedah

  • 7 years ago
Skuad The Red Warriors (TRW) melakar kejutan selepas prestasi merudum pada beberapa perlawanan lalu apabila menewaskan penghuni tangga kedua Liga Super iaitu Kedah dengan jaringan 3-1 pada aksi ketiga saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 malam tadi.

Pada aksi kumpulan C itu, anak buah Zahasmi Ismail tampil dengan gol pertama melalui Margaro Gomis pada minit ke-54 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 45 minit pertama.

Setelah itu, giliran Abou Bakr Al-Mel pula menggandakan jaringan untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-65 sebelum pasukan pelawat memperolehi gol sepakan penalti kira-kira lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Bagaimanapun sebelum wisel tamat perlawanan ditiupkan pengadil, Abou Bakr berkesempatan menghasilkan gol ketiga untuk pasukan Kelantan.