Benam China 5-1, Malaysia layak ke Piala Dunia

  • 7 years ago
Selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 semalam, skuad hoki negara, Malaysia Tigers meneruskan rentak cemerlang dengan membenam 5-1 pada aksi kumpulan awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekaligus mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Dengan mara ke peringkat suku akhir, ini bermakna Malaysia secara matematiknya meraih tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar India.

Malaysia mencetak gol seawal minit ke-12 oleh Najmi Farizal Jazlan, diikuti dua gol dari penyerang Razie Rahim minit ke 19 dan 27 manakal gol penutup dihasilkan Fitri Saari minit ke-51